Nasi Arab Qatari Majboos

Nasi Majboos sangat popular dikalangan penduduk negara negara Arab pesisir Teluk Parsi seperti Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emirat. Nasi Majboos adalah hidangan pilihan terutamanya ketika dimusim perayaan ataupun ketika meraikan kunjungan tetamu penting.

Tidak ada resepi tertentu dalam penyediaannya. Yang penting adalah sukatan yang tepat agar bersesuaian dengan selera tempatan.

Bergantung kepada daerah daerah tertentu, rempah ratus yang digunakan sedikit berbeza mengikut tradisi tempatan. Rempah ratus yang digunakan inilah yang memberikan rasa dan flavour Nasi Majboos. Rempah rtatus seperti lada Sula, Halia, Bunga Cengkeh, Kardamon, berbagai jenis jintan dan tomato, adalah antara rempah wajib didalam penyediaan Nasi Majboos.

Daging biasanya di masak selama beberapa jam bersama rempah rempah tempatan untuk melembutkannya. Setelah semua lemak lemak daging yang terapung diasingkan dan dibuang, daging kemudiannya di masak didalam sos tomato bersama tumisan nasi.

Seperti nasi arab yang lain, Nasi Majboos biasanya dimasak menggunakan beras basmathi panjang bermutu tinggi dan dihidangkan panas beserta salad sayuran dan kuah tomato bercili.

Arabian Kitchen : Cara Masak PES QATARI MAJBOOS

Berbanding Nasi Mendhi, nasi ini kelihatan lebih maskulin kerana warnanya yang agak gelap, rasanya yang pedas, hangat dan berempah.

Set Pes nasi arab NASI ARAB QATARI MAJBOOS mengandungi;

  • 1 pek pes Qatari Majboos
  • ½ kg Beras extra-long Basmathi parboiled

Sesuai untuk untuk hidangan 5 – 7 orang,

Harga RM20.

Percuma penghantaran sekitar Melaka dengan pembelian minimum 4 Set.

Kadar Poslaju untuk luar Kawasan Melaka untuk setiap 1 set adalah,

  • RM8 - Semenanjung Malaysia, 
  • RM11.50 - Sabah / Sarawak

 

Order sekarang, whatsapp ke [+60133248250]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *