Nasi Mesri Bookhari

nasi mesri bookhari

Masakan Arab banyak dipengaruhi oleh negara-negara lain seperti Iran , India dan Asia Tengah. Pedagang-pedagang Arab yang mengembara ke seluruh pelosok dunia membawa pulang rempah ratus untuk diasimilasikan didalam masakan mereka.

Hasilnya, pada hari ini masakan arab menjadi citarasa internasional.

Nasi Bokhari bukan sahaja sudah popular di Malaysia tetapi popular juga di negara-negara Asia Selatan. Namun begitu rasa nasi Bokhari Arab (Mesir) sedikit berbeza dengan Bokhari dinegara ini.

Perbezaan ini adalah disebabkan oleh cara penyediaan dan rempah ratus yang digunakan. Selain dari itu Nasi Bokhari yang dimasak di negara Arab biasanya menggunakan Beras Basmathi ekstra panjang bermutu tinggi berbanding Beras Basmathi biasa yang digunakan di negara ini.

Beras Basmathi bermutu ekstra panjang ini mempunyai aroma khas yang tersendiri berbanding beras biasa. Nasinya lebih gebu dan lebih sedap serta enak walaupun dimakan begitu sahaja.

Kulit Kayu Manis, Bunga Cengkeh, Kardamon, Lobak merah, jintan, pes tomato dan tomato segar adalah antara rempah ratus yang bertanggungjawab memberi aroma harum Nasi Bokhari.

Aromanya lebih lembut berbanding Nasi Majboos menyebabkannya lebih digemari oleh orang orang Arab Utara.

Mesri-Bookhari

PES NASI ARAB MESRI BOOKHARI

Mengandungi:

  • 1 pek pes Mesri Bookhari
  • ½ kg Beras extra-long Basmathi parboiled

Sesuai untuk untuk hidangan 5 – 7 orang,

Harga RM20.

Percuma penghantaran sekitar Melaka dengan pembelian minimum 4 Set.

Kadar Poslaju untuk luar Kawasan Melaka untuk setiap 1 set adalah,

  • RM8 - Semenanjung Malaysia, 
  • RM11.50 - Sabah / Sarawak

Order sekarang, whatsapp ke [+60133248250]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *